Dalam keadaan normal,sistem antibodi badan kita memusnahkan beribu ribu sel yang mati atau sel2 yang jatuh sakit kemudiannya dilupuskan melalui sistem perkumuhan atau sistem detoks badan.
Namun terdapat sel2 yang tidak mati atau sejenis sel yang cuba untuk melakukan sesuatu yang salah dalam kitaran hidup mereka.Sel2 ini menjadi rosak pada awalnya akibat dari serangan virus atau bakteria dan cuba mengujudkan satu koloni lain yang terpisah oleh kawalan sistem otak.
Antibodi yang menyedari perubahan ini kebiasaanya akan memusnahkan sel2 tersebut sebelum ia sempat menjadi matang dan berkumpul membentuk tumor.
Sel2 kanser ini menyedari bahaya serangan antibodi badan.Lantaran itu mereka menyediakan benting atau perisai untuk mengelakkan dari termusnah oleh sistem antibodi.Caranya ialah dengan memproses gula atau glukos dan membina protien disekeliling sel mereka.
Protien bukanlah musuh kepada sistem badan dan oleh itu antibodi tidak akan menyerang protein.Dengan cara ini sel kanser akan selamat membiak dan membina koloni mereka yang dipanggil tumor.
Namun ada satu ancaman kepada sel kanser yang membahayakan perisai protien mereka.Ia datang dari pengkerias.Pengkerias adalah organ kecil dalam terdapat pada bahagian bawah diafram atau paru2.Tugas utama pengkerias ialah menghasilkan pelbagai jenis enzim untuk mencerna pelbagai jenis nutrisi dari makanan yang kita makan untuk manfaat sistem badan.
Salah satu enzim yang dihasilkan adalah enzim untuk mencerna protien.Enzim ini dikenali dengan nama "trypsin" dan "chemotrypsin".Enzim inilah yang ditakuti oleh sel kanser. Dalam keadaan normal , apabila protien dikesan... kedua enzim ini akan bertindak menghadam protien yang mengelilingi sel kanser tadi.Apabila tiada lagi protien disekeliling sel kanser,antibodi akan bertindak menyerang sel kanser tadi.
Masaalahnya kedua2 enzim tersebut bukan hanya menghadam protien sel kanser,mereka juga menghadam protien dari daging yang kita makan setiap hari.Kerana kedua enzim ini memang bertugas menghadam protien.Apabila kita makan terlalu banyak daging setiap hari,pengkerias akan menghasilkan lebih jumlah "trypsin" dan " chemotrypsin" untuk tujuan tersebut.
Jika pengkerias kita cukup sihat untuk menghasilkan dengan banyak kedua2 jenis enzim tersebut,maka tiada masalah yang akan timbul kerana protein sel kanser dan protien daging dapat dihadamkan serentak.Namun jika pengkerias gagal atau tidak cukup sihat untuk menghasilkan kedua2 enzim tersebut,jumlah yang sedikit ini akan menghadam protein daging dan mengabaikan protien pada sel kanser.Disaat inilah badan akan berdepan dengan pembiakkan sel kanser.
Disinilah rahsianya mengapa pesakit kanser ditegah
Makan daging kerana untuk memberi peluang kepada "trypsin" dan "chemotrypsin" menumpukan perhatian kepada protin sel kanser.
Makan gula kerana sel kanser menggunakan gula untuk aktiviti bahan bakar dan penghasilan protien untuk melindungi mereka dari serangan antibodi.
chemotrypsin trypsin
Lalu apakah yang kita perlukan untuk menampung kelemahan sistem badan menghadapi masalah ini.Jawapannya ialah nitrilosides.Nitrilosides adalah sejenis nutrient yang terdapat dalam kebanyakkan biji buah2an.Diberitakan ada lebih 800 jenis tumbuhan didunia mempunyai nitrilosides.Namun yang terbanyak adalah apa yang disimpan dalam biji buah2an.
Salah satu biji buah2an yang telah dikenalpasti sangat kaya dengan unsur nitrilosides adalah Biji I Buah Aprikot.Biji buah aprikot mengandungi unsur nitrilosides yang dikenali dengan nama vitamin B17,sementara dari biji buah apel,angur,beri dan lain2nya dikenali sebagai vitamin B15.
Nitrilosides inilah yang akan membantu antibodi dalam penghapusan sel2 kanser tadi.Dengan cara itu badan tidak hanya perlu bergantung kepada antibodi kerana apabila nitrilosides bertemu dengan sel kanser ia akan mengumpan sel kanser untuk menghadamnya.Apabila sel kanser menghadamnya unsur2 nitrilosides ini akan dengan serta merta membunuhnya.
Apakah semudah itu?.Tidak.Nitrilosides perlu kepada kenderaan untuk membawanya kepada sel kanser.Kenderaan ini ialah apa yang disebut sebagai supplimen2 seperti zinc,vitamin selenium,vitamin A dan vitamin B.Ertinya anda perlu pada jenis2 makanan yang mengandungi kesemua jenis vitamin ini untuk mengangkut nitrilosides kepada sel kanser.
80% pesakit kanser hati lambat dikesan
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, keadaan itu amat menyedihkan kerana kanser hati merupakan penyakit yang boleh dicegah dan dirawat. ”Kebanyakan kes kanser hati di dunia berkaitan dengan penyakit hepatitis B yang boleh dicegah melalui vaksin,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau yang juga pakar kanser hati berkata, ramai pesakit memandang ringan simptom kanser hati yang sama dengan tanda-tanda gastrik. ”Simptom kanser hati yang muncul adalah sama dengan tanda-tanda masalah penghadaman, sakit perut, gastrik dan perut kembung. ”
Keadaan ini menyebabkan pesakit membiarkan tanda-tanda penyakit ini berterusan tanpa menyedari mereka telah mengalami kanser hati,” katanya. Beliau berkata, teknologi pengesanan awal kanser hati seperti Prinsip Sentinel amat penting untuk membolehkan pesakit menerima rawatan secepat mungkin.
”Dengan pengesanan awal, doktor boleh memberikan rawatan dan peluang pesakit untuk sembuh lebih cerah. ”Teknologi Prinsip Sentinel juga dapat memberi manfaat kepada penduduk di Asia kerana 75 peratus pembawa kronik hepatitis B berada di rantau ini,” katanya. ”
No comments:
Post a Comment